Saturday 2 May 2015
6 Pemandu Jahanam Telah Disebarkan Lepas 3 Maut Dalam Kemalangan Lumba Haram
Pemandu Wanita Ditahan Lepas 3 Maut Dalam Kemalangan Lumba Haram | Seorang pemandu wanita telah dicekup dan pihak polis kini sedang melakukan siasatan sama ada enam buah kereta Perodua Myvi yang berlumba di lebuhraya Duke malam semalam terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa.
Saksi, FAiruz Nizam Husain maut serta merta di tempat kejadian manakala isterinya iaitu Nova Safitri Azhari dan bayi perempuan mereka Nur Fizura Annisa meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kemalangan yang berlaku pada jam 1.05 pagi Sabtu.
Sebuah kereta Myvi di lorong kanan melanggar Pajero Fairuz yang berada di lorong tengah menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Myvi yang berada di lorong kiri.
Fairuz yang hilang kawalan menyebabkan Pajero yang dipandunya berpusing beberapa kali dan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan.
Seorang pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said mengalami cedera ringan manakala seorang lagi pemandu Myvi iaitu Mohammad Fizal Reza Jamaluddin tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu wanita terbabit telah ditahan manakala beberapa pemandu Myvi yang lain telah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Pemandu wanita terbabit ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Tiga buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu telah diambil untuk siasatan dan kes disiasat di atas pemanduan secara melulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment