Semalam kita saksikan Rakyat malaysia berang dengan kejadian kemalangan maut tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE meragut nyawa 3 orang iaitu Pasangan Suami isteri bernama Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya pula, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur. Kejadian ini berlaku berpunca daripada tindakan bodoh pemandu myvi berlumba haran di lebuh raya duke dari arah Damansara. Walaupun mereka nafikan meraka berlumba.
Arwah Fairuz Nizam Husain meninggalkan 2 orang anak permpuan Nur Firuza Amira, 7, dan kedua, Nur Firuza Aqila, 4. Kedua-dua orang anak arwah ini dijaga oleh adik bongsu arwah Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25.
Menurut Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25 Arwah abangnya pernah berpesan dan amanahkan dia dan adik beradik lain menjaga isteri, anak-anaknya serta syarikat miliknya iaitu sebuah syarikat pengurusan acara di Bangi setelah dia meninggal dunia.
Arwah banyak mendiamkan diri sebelum kemalangan itu berlaku.
Muhammad Faizznur Asyraf Husain berkata kejadian kemalangan tersebut berlaku selepas arwah menghantar dua anaknya iaitu yang sulung Nur Firuza Amira, 7, dan kedua, Nur Firuza Aqila, 4, di rumah nenek mereka di Putrajaya.
Menurut Muhammad Faizznur Asyraf Husain lagi arwah balik bertiga iaitu bersama isteri dan anak kecil beliau.
"Arwah sekeluarga (berlima) sempat menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Putrajaya bersama dua lagi anaknya sebelum terlibat kemalangan - Muhammad Faizznur Asyraf Husain
Rakan karib kepada kedua-dua arwah, Zaiful Hadi Abd Razak, 35, berkata arwah merupakan seorang yang baik dan sering memberi peluang untuk menyatukan sahabat-sahabatnya yang lain.
Zaiful Hadi Abd Razak, 35 kenal arwah semenjak masih kecil. Sebelum pulang arwah sempat memohon untuk mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan dan ketika kenduri kahwin hari itu arwah kurang bercakap dengan rakan-rakan yang lain
No comments:
Post a Comment