Satu lagi gangguan mental bila orang rasa "berhijab" itu sekadar membalut rambut dan mengetatkan yang lain. Saya rasa lebih elok tak pakai tudung dan buat maksiat dari pakai tudung tapi membuat maksiat. Jangan kira ambil sedikit tinggalkan sedikit.
Alasan seperti "At least saya masuk rave party dengan tudung tau?Allah tahu apa dalam hati saya" bunyi terlalu bitchy sangat. Jika Allah ada dalam hati kita, ia akan refleks penampilan kita.
Buat 1 kebaikan tetapi buat 9 kemaksiatan dan itu sudah kira okey sahaja. Kalau tahi cicak masuk dalam air milo korang, taknak pula korang minum.
Taik cicak tu sikit jer kan? bukan milo setitik jatuh dalam secawan taik cicak.
Ini mentaliti orang yang suka "campur aduk". Yang campur aduk ni yang busuk sebenarnya. Macam tong sampah masa kita buang ada yang bersih, tapi bila dah campur aduk dalam tong sampah tu?hanyir dan berbaulah.
Sebab itu saya cakap, elok tak pakai tudung utnuk buat maksiat jangan sampai tudung yang dipakai buat maksiat menyebabkan orang yang bertudung yang baik-baik juga terpalit fitnah sampai sanggup orang cop "Tak semestinya pakai tudung tu dah baikkkk sangat".
Sebab itu juga wujudnya generasi "Tak semestinya kitorang seksi pakai coli harimau bintang pergi konsert itu bermaksud kami ni jahat, Allah sahaja tahu apa isi hati kami".
Ok lah, saya taknak buat spekulasi banyak sangat. Lebih-lebih nanti orang dah cop saya ni sama pulak macam Mazidul pulak. Korang fikirkanlah sendiri?apa korang rasa sebagai penjaga aurat?
No comments:
Post a Comment