Friday 1 May 2015

Perhimpunan Bantah GST Gagal Capai Sasaran


SEBAHAGIAN peserta membuat provokasi dengan membakar bom asap sebagai tanda bantah sempena Perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhimatan (GST) di Dataran Merdeka. � BH Online

KUALA LUMPUR Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) di ibu negara hari ini gagal mencapai sasaran satu juta peserta sebagaimana disasarkan oleh penganjur setakat pukul 4 petang ini, dengan kira-kira 10,000 orang atau satu peratus dari jumlah disasarkan menyertai perhimpunan itu.

Yang jelas perhimpunan sejak pukul 2.30 petang itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi penting di sekitar pusat bandar selain mengganggu urusan seharian masyarakat termasuk pelancong.

Peserta mula berkumpul di sekitar pusat membeli-belah Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek, Dataran Maybank, Pasar Seni dan Puduraya sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan KLCC.

Ada juga peserta perhimpunan yang merempuh penghadang yang diletakkan pasukan keselamatan di Dataran Merdeka, selain terdapat peserta yang melemparkan bom asap ke arah pintu kaca sebuah bank di kawasan Masjid Jamek.

Ada juga peserta yang berpakaian hitam mencetuskan kekecohan dengan melempar mercun bola dan kata-kata kesat tetapi pihak polis berjaya mengawal keadaan.

Menurut jurucakap trafik Kuala Lumpur, setakat ini keadaan masih terkawal dengan pemantauan turut dilakukan melalui helikopter Polis Diraja Malaysia. Kebanyakan peserta mengenakan t-shirt merah yang tertera slogan membantah pelaksaanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lepas.

Beberapa pemimpin pembangkang dilihat menyampaikan ucapan di beberapa lokasi terlibat. BERNAMA

No comments:

Post a Comment