Thursday 30 April 2015

WAJIB BACA :: FENOMENA TERBARU ORANG KAFIR MENGANDUNGKAN ANAK ORANG ISLAM ! BARU SEDAR DIRI BACA NI


FENOMENA ORANG 'KAFIR' MENGANDUNGKAN 'ANAK ISLAM' Sekarang ini ramai "Orang Islam mengandungkan anak 'orang kafir'. Sebaliknya 'orang kafir' pula mengandungkan anak 'orang Islam'!� Apa tidaknya... hampir semua amalan ataupun tabiat Islam yang baik-baik itu telah digunakan pakai oleh orang bukan Islam. Bangsa Jepun yang majoritinya bukan Islam mengamalkan penjagaan kebersihan, mendidik akhlak dan menepati masa. Sifat patriotisma dan jihad mereka dalam kerja juga tinggi. Pencapaian teknologi, pendidikan dan kepetahan berhujah mereka juga unggul sekali.

Kita semua tahu itulah sebenarnya ajaran Islam. Hasilnya adalah kesejahteraan (salam)... Kerana itu Jepun menjadi antara negara yang dihormati dan disegani saat ini. Begitu juga Israel walaupun mendapat jolokan zionis. Tapi orang Islam sendiri tidak mempraktikkan cara Islam. Kerana itu hidup masyarakat kita tidak sejahtera (salam) pada hakikatnya, melainkan pada namanya saja. Rumahtangga kucar kacir, akhlak anak-anak teruk, ekonomi jatuh dan hutang keliling pinggang. Pencapaian teknologi dan pendidikan kita juga tercorot di mata dunia. Itulah kesejahteraan yang palsu/fasik bagi kita kerana ianya hanya berbentuk angan-angan dan sangka-sangka belaka.

Munafik ialah gelaran yang layak untuk kita. Dalam satu sudut lagi, hari ini ramai ibu-ibu yang sudah tidak tentu arah keimanan dan keislamannya. Ramai ibubapa yang telah berzina sebelum bernikah dan masih juga berzina selepas berkahwin. Anak-anak apatah lagi! Ya.. Terlalu ramai dari ibu Islam yang mengandungkan anak hidup dalam kefasikan dan kemungkaran. Kerana itu, lahirlah anak yang bakal dibentuk secara tidak islamik mengikut jejak ibunya. Orang kata "bapa borek anak rintek". Jika "ibunya ANAK ABU maka anaknya bakal jadi BOHSIA". Akhirnya mereka akan membesar dalam cara hidup yang dipenuhi 'kemungkaran� walaupun masih Islam pada namanya. Sebaliknya, ramai ibu-ibu bukan Islam (yang sekarang kita gelar �kafir�) sedang mengandungkan anak yang akan mengembangkan cara hidup Islam. Orang Nasrani dan Yahudi bahkan Budha dan Hindu yang tidak pun sekuat mana pegangan agamanya masih meneruskan nilai murni agama mereka. Kami malu apabila mereka kongsikan cara hidup mereka kepada kami. Kebanyakan mereka masih meneruskan infaq 10% dari pendapatan mereka, ada kalanya lebih dari itu. Kerana itu kewangan komuniti mereka kukuh dan masyarakat mereka terbela walaupun tanpa bantuan kerajaan.


 Ramai di kalangan mereka yang tinggi nilai kemanusiaannya berbanding kita. Mereka juga sanggup bersatu padu. Kita pula menganggap infaq yang sebenarnya wajib itu sebagai �sunat� sahaja. Apa itu asas sedekah, zakat dan infaq pun kita sudah tidak berapa tahu lagi. Jauh sekali untuk melaksanakan dengan sebenar-benarnya. Islam menyeru untuk bersatu dengan satu fahaman namun kita lebih suka berselisih faham dan berpecah belah tidak karuan, baik dalam fahaman agama mahupun politik. Keganasan dan caci maki di kalangan kita ada kalanya jauh lebih brutal dari orang bukan Islam. AlQuran kitab suci kita masih asli skrip Arabnya, namun sudah tidak kita fahami MAKSUD yang sebenarnya walaupun kita tahu MAKNANYA.

Pelbagai tafsiran yang berbeza-beza dikeluarkan oleh begitu ramai penterjemah. Akhirnya anak-anak kita bingung, terbelenggu dan tidak merdeka mindanya terhadap agama. Apabila anak-anak kita cuba untuk memahami alQuran, ada sahaja yang menyekat. Ia seolah-olah sudah jadi macam satu dosa kerana kononnya alQuran mesti dirujuk kepada kitab lain dahulu. Ia sudah terbalik. Seharusnya kitab-kitab lain tulisan manusia itulah yang harus dirujuk kepada alQuran untuk memastikan kebenarannya.

Pada masa yang sama, ramai orang 'bukan Islam' pula yang kini bersungguh-sungguh membaca alQuran dan mencari rahasianya. Yang berniat baik akan memeluk dan memperjuangkan Islam.

Anak-anak mereka akan lebih faham Islam berbanding anak kita. Yang jahat pula akan mencari takwil yang sesuai untuk melemah dan memesongkan anak-anak kita. QS:2. Al Baqarah 78-79. "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab, kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah" untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan". Akhirnya ramai yang serah diri saja bulat-bulat kepada guru dan ulamak �terbitan� yang berbagai rupa sehingga ramai yang terjajah mindanya. Kita jadi generasi kayu mati yang bersandar kepada orang lain sahaja (QS:62/5, 63/4)..

 Padahal ulamak yang masih hidup atau kitab-kitab yang mahu dirujuk juga saling berselisih isi penjelasannya sehingga kefahamannya juga gagal dilaksana. Lalu harus bagaimana dengan kita? Padahal setiap diri harus tahu kerana di kubur nanti malaikat akan tanya setiap dari kita. QS: 5. Al Maa'idah 20. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia mengangkat nabi nabi di antaramu, dan dijadikan-Nya KAMU ORANG-ORANG MERDEKA, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun di antara umat-umat yang lain."


Dengan Rahmat Allah, amanah Islam ini mungkin bertukar dari satu 'bangsa' yang menggelar Islam hanya pada namanya sekarang ini kepada satu 'bangsa lain' yang tiada kena mengena dengan kita sama sekali. Itu salah satu dari sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu. Jika kita tidak jaga amanah ini, maka tidak mustahil nikmat Islam dan kekhalifahannya akan Allah ganti dengan umat yang lain. QS: 7. Al A'raaf 137.

Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka

QS: 4. An Nisaa' 133. Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa berbuat demikian. QS: 29. Al 'Ankabuut 18. Dan jika kamu mendustakan, maka umat yang sebelum kamu juga telah mendustakan.

Dan kewajiban rasul itu, tidak lain hanyalah menyampaikan dengan seterang-terangnya."
QS: 23. Al Mu'minuun 31. Kemudian, Kami jadikan sesudah mereka umat yang lain.
 QS: 23. Al Mu'minuun 42. Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka umat-umat yang lain. Apa yang kita tunggu sebenarnye? adakah kita masih belum menjumpai jalan yang hendak dituju? ataupun jalan memang ada depan mata, cuma kita yang buat-buat tak nampak?

Restoran Sup Kepala Ikan RM150 Semangkuk Diserbu....Nak Pergi Haji Balik Hari KOt huhu...


KOTA BHARU:�Saya reda dengan ketentuan ini sebagai ujian ALLAH SWT kepada saya. Memang agak terkejut dengan serbuan ini, namun saya harap dapat berniaga semula seperti biasa selepas ini."

Itu kata-kata pemilik restoran sup kepala ikan Pulau Pisang, Nik Mohd Noor Muhamad atau lebih dikenali sebagai �Pok Mat� selepas kedainya di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) diperiksa penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, semalam.

Pemeriksaan itu dibuat setelah dua laporan diterima daripada pelanggan berhubung harga dikenakan untuk sup kepala ikan mencecah RM130 sehingga RM150 semangkuk.

Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan.

Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, hasil semakan terhadap bil di restoran terbabit mendapati, hidangan sup kepala ikan yang dihidangkan kepada pelanggan, sememangnya dijual pada harga seperti dalam aduan.

�Kita siasat ekoran harga semangkuk sup kepala ikan agak tinggi dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

�Sebelum ini pada 22 April lalu, kita ada serahkan notis kepada pihak berkenaan untuk beri sebab kepada kami berhubung harga mahal dicatut dalam hidangan makanannya, namun sehingga semalam, kami masih belum terima notis jawapan daripadanya," katanya.

Ab Ghani berkata, oleh kerana gagal menjawab notis yang diberikan dan setelah siasatan dibuat, pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, sama ada dikenakan kompaun atau sebaliknya.

PERHATIAN KAUM ADAM :Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah



Soalan;
Assalamualaikum.
Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan,
sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.


Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; �Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya� (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak�.[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW �tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; �Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah� (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda; �Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram� (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari �Amru bin �Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a�lam.

[1] Mirqaat al-Mafatih, Syeikh �Ali al-Qari (5/1772). Mir�aat al-Mafatih, al-Mubarakfuri (9/25).
[2] Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi (8/184).
[3] Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (2686).

Semoga kita semua mendapat manfaatnya naa..InsyaAllah kita adalah orang -orang yang baik.

Beginilah Jadinya Bila Terlampau Sanggap....Kejadian Benar Di Parking Kereta Jalan Cerdik, Cheras


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dengan selamba melakukan onani di hadapan dua wanita yang didakwa berlaku di Cheras, baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang awam.

Menerusi gambar yang diberikan oleh pembaca yang dikenali sebagai Yee Voon Toi dipercayai salah seorang saksi kepada portal FunnyMalaysia.net, menyatakan kejadian tersebut berlaku di Jalan Cerdik, Cheras apabila dia dan seorang lagi rakan perempuannya berjalan ke arah kereta yang di parkir di kawasan berkenaan.

�Saya melihat lelaki itu berjalan dari jauh ke arah kami,� katanya.

Menurut Voon Toi, dia pada mulanya beranggapan bahawa lelaki tersebut ialah seorang jurujual memandangkan lelaki berkenaan berpakaian sopan dan membawa fail bersamanya.

Bagaimanapun, dia cepat menyedari tindakan tidak senonoh lelaki itu yang dilihat menutup bahagian kemaluannya mengguna fail yang dipegangnya.

Lelaki itu juga dikatakan tanpa segan silu meneruskan �kerjanya� itu sambil sempat melemparkan senyuman kepada dua wanita berkenaan.

Tidak mahu melepaskan peluang, wanita itu terus bertindak mengambil telefonnya untuk merakam perbuatan jijik lelaki tersebut, tetapi lelaki itu sempat melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dirakam, lapor mD

11 Gambar Artis Barat Menyambut 'No Bra Day'.......tapi gambar yang KE 7 tu yang membuatkan kepala berhingus...


Walau pun kurang diperkatakan di negara ini, ramai juga yang maklum semalam merupakan �No Bra Day� atau Hari Tanpa Coli yang disambut di negara barat.

Tarikh 13 Oktober dipilih oleh aktivis kanser payudara sejak 2011 sebagai hari yang diraikan untuk mengingatkan masyarakat tentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita.

Pada tarikh ini wanita digalakkan memakai pakaian tanpa coli sebagai simbolik menyokong penghidap kanser payudara yang berjaya melawan penyakit ini tetapi kehilangan aset penting buat wanita.

Kempen ini mendapat sokongan memberangsangkan apabila ramai kaum hawa berkongsi gambar tanpa coli mereka di laman sosial semalam dengan hashtag #nobraday.

Di bawah, kami kongsikan gambar beberapa selebriti Hollywood yang turut tampil �no bra� sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.











Sebenarnya kalau bukan sebab No Bra Day pun, selebriti Hollywood sudah lama diketahui gemar tampil tanpa memakai pakaian dalam.

Tapi di Malaysia ni walau apa pun alasannya;  tak payahlah nak mengada-ngada sambut No Bra Day jugak bila keluar rumah macam wanita dan selebriti Barat nun.

Ia bukan sahaja menyalahi agama malah melanggar budaya Timur, adab dan tata susila seorang perempuan

Norman Hakim tayang aurat Ini yang buat Abby meroyan nihh


Kalau sebelum ni kecoh ada pihak mendakwa yang Norman Hakim mula dok tayang body sado bagi tatapan semua orang.. Rupanya ada kisah lain yang kita tak tahu sebenarnya..

Bukan Norman saja-saja nak tayang body sado dia tu, tapi dia buat untuk photoshoot bersama anaknya yang baru lahir, Muhammad Dikhriz Hakim..

Alah.. macam photoshoot Zain Saidin buat untuk anak dia Aisyah Dhia Rana tu lah! Mungkin ini adalah konsep photoshoot terbaru di kalangan artis-artis yang memiliki badan sado..

Kalau bapak yang tak berbadan sado tu jangan la pulak nak buat konsep ini tau! nampak tak menarik pulak..haha..

Apapun, badan Norman memang mantop, kalah Zul Ariffin, Zain Saidin dan Aaron Aziz.. tengok dia punya bicep je dah besar mana.. Untunglah boleh dapat badan sado macam ni..

Agak-agak gambar ni akan dapat kritikan dengan peminat tak? Iyalah, jarang dapat tengok artis lelaki dok tayang body �topless� mereka.




Selfie Maut Remaja Sekolah Yang Semakin Menjadi jadi


Seorang lagi pelajar sekolah telah berkongsi gambar ehem tanpa seurat benang menerusi akaun Twitter miliknya tanpa memikirkan kesan buruk terhadap dirinya....

Lebih memburukkan keadaan, pelajar tersebut menganut agama Islam yang memakai tudung tetapi berkelakuan tidak senonoh dalam laman sosial...




Dua gadis terima saman aurat

KOTA BHARU - Dua gadis belasan tahun merayu penguat kuasa Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) tidak mengeluarkan notis saman aurat terhadap mereka yang baru sahaja bekerja di sebuah kedai makan di Peringat di sini.

Alasan mereka ialah tidak mengetahui memakai baju berlengan pendek dan ketat tidak dibenarkan ketika bekerja.


Namun, rayuan dua gadis terbabit tidak diendahkan, sebaliknya penguat kuasa MDK-PI tetap mengeluarkan notis saman kepada mereka tanpa kompromi.

Pegawai Undang-undang MDK-PI, Nazattul Aisya Hashim berkata, mereka diberikan notis saman terhadap individu dan dikompaun di bawah Undang-undang Kecil Seksyen 30.

�Mereka antara yang dikompaun dalam Ops Shisha dan Aurat yang dijalankan di kawasan Peringat dan Salor, di sini, semalam.

�Turut dikenakan tindakan, empat restoran iaitu sebuah di Peringat dan tiga di Salor, dengan rampasan alatan shisha bernilai RM 3,500, empat notis amaran dan tiga kompaun,� katanya kepada media.

Nazattul Aisya berkata, peniaga yang masih berdegil dan tidak ikut arahan ditetapkan, pihaknya tidak teragak-agak menarik semula lesen perniagaan, dan menutup terus operasi perniagaan mereka

9 Gambar terkini Farrah Waheeda, isteri Yassin SYJ


Siapa tidak kenal dengan Yassin yang pernah menganggotai kumpulan Senario, pun begitu ramai tidak pernah melihat wajah isteri Yassin.

Dengan reaksi dan muka selamba, lawak Yassin Yahya sememangnya mudah disenangi dan diterima orang ramai.

Untuk pengetahuan Yassin SYJ dah berkahwin dengan pilihan hati iaitu Farrah Waheeda. Memang cantik orangnya. Mereka berkahwin sekitar tahun 2011.





Baru-baru ini, Yassin telah diberi perhatian ekoran kisah berhutang rumah sewa sehingga barang di lelong. Namun, isterinya tetap setia menyayanginya, ini luahan rasa sayang isteri Yassin:

TREND BARU DI JEPUN: BESARKAN PAYU DARA DENGAN PITA

TREND BARU DI JEPUN: BESARKAN PAYU DARA DENGAN PITA | Untuk medapatkan payudara yang tegang dan menawan, pelbagai cara kita boleh lakukan. Antaranya dengan bersukan sehinggalah ke implan payudara.


Namun, wanita di Jepun telah menemui cara yang mudah, murah dan praktikal dengan menggunakan pita sahaja.

Wanita di Jepun, TREND menaikkan payudara dengan pita berwarna biru memang cukup popular.


Caranya adalah dengan meletakkan sehelai pita tersebut di bawah payudara dan mengikatkan kedua hujungnya di kedua lengan .


Teknik seperti ini diambil daripada seorang tokoh wanita dalam anime berjudul �Is It Wrong To Pick Up Girls In A Dungeon�.

Wanita tersebut mengenakan baju putih backless yang cukup pendek, lengkap dengan sarung tangan warna putih serta pita berwarna biru yang diletakkan di bawah payudara dan diikatkan pada kedua lengannya. -Sumber

(40 GAMBAR) Selebriti-Selebriti Di Bawah Naungan Paranormal Studio


Elizabeth Tan, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Erin Malek, Nelydia Senrose dan Mia Sara adalah antara selebriti-selebriti yang bernaung di bawah syarikat Paranormal Studio. Semalam telah diadakan satu sesi perjumpaan selebriti-selebriti tersebut dengan para media. Paling mencuri perhatian sudah tentu Erin Malek dan baby bumpnya. Tidak ketinggalan, sensasi YouTube terkini iaitu Elizabeth Tan yang memang memukau apabila dilihat secara �live�.


Semoga selebriti-selebriti ini akan terus bersinar di bawah kendalian Paranormal Studio. All the best dan good luck Abang Nara ucapkan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.