Wednesday 29 April 2015

Nilai Topup Kad Prabayar Tiada GST Mulai 1 Mei Ini...


Putrajaya: Mulai 1 Mei ini, pengguna boleh menikmati semula harga jualan kad tambah nilai prabayar telefon bimbit seperti mana yang ditawarkan sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, ini bermakna, pengguna hanya perlu membayar RM10 kad tambah nilai prabayar bagi mendapatkan nilai kredit sebanyak RM10.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagii mengenakan harga asal yang dikenakan seperti sebelum 1 April lalu.

"Kami meminta syarikat telekomunikasi supaya mengenakan nilai muka sama dengan harga jualan," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Katanya, pihaknya mahu syarikat akur dengan arahan berkenaan.

No comments:

Post a Comment