Wednesday 29 April 2015

Punca Sebenar Suami Penyanyi Sakitnya Tuh Disini Menghilangkan Diri Selepas Berkahwin


Siapa sangka, penyanyi yang popular dengan laguSakitnya Tuh Disiniyang dikenali sebagai Cita Citata sememangnya pernah mengalami pengalaman pahit apabila ditinggalkan suami selepas sebulan perkahwinan.

Pendedahan Cita atau nama sebenarnya, Cita Rahaya, 21, sekaligus menjawab status penyanyi yang rupa-rupanya adalah seorang janda muda.

Menurut Cita, dia tidak pernah bercakap terbuka mengenai statusnya kepada pihak media di Indonesia namun tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu.

Soalan sama ada saya solo atau pun sudah berkahwin tidak pernah ditanya namun sekiranya ada pertanyaan, pasti saya akan jawab dengan jujur, saya seorang janda, jelasnya.

Kata Cita, berita perkahwinannya bersama bekas suami, Galih Purnama terbongkar selepas lelaki itu muncul memberi kenyataan kepada media selepas sudah menghilangkan diri hampir tiga tahun.

Saya berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga kami bertahan selama sebulan sebelum dia menghilangkan diri.


Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami, katanya lagi.

Bagaimanapun penyanyi yang semakin melonjak popular di Malaysia ini tidak pernah menyesal berkahwin muda kerana banyak mengajar dirinya sehinggalah dia mampu bergelar selebriti.

Bagi Cita,kemunculan bekas suaminya itu dianggap sebagai rahmat kerana perceraian mereka akhirnya dapat disahkan oleh mahkamah

No comments:

Post a Comment