Thursday 30 April 2015

Beginilah Jadinya Bila Terlampau Sanggap....Kejadian Benar Di Parking Kereta Jalan Cerdik, Cheras


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dengan selamba melakukan onani di hadapan dua wanita yang didakwa berlaku di Cheras, baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang awam.

Menerusi gambar yang diberikan oleh pembaca yang dikenali sebagai Yee Voon Toi dipercayai salah seorang saksi kepada portal FunnyMalaysia.net, menyatakan kejadian tersebut berlaku di Jalan Cerdik, Cheras apabila dia dan seorang lagi rakan perempuannya berjalan ke arah kereta yang di parkir di kawasan berkenaan.

�Saya melihat lelaki itu berjalan dari jauh ke arah kami,� katanya.

Menurut Voon Toi, dia pada mulanya beranggapan bahawa lelaki tersebut ialah seorang jurujual memandangkan lelaki berkenaan berpakaian sopan dan membawa fail bersamanya.

Bagaimanapun, dia cepat menyedari tindakan tidak senonoh lelaki itu yang dilihat menutup bahagian kemaluannya mengguna fail yang dipegangnya.

Lelaki itu juga dikatakan tanpa segan silu meneruskan �kerjanya� itu sambil sempat melemparkan senyuman kepada dua wanita berkenaan.

Tidak mahu melepaskan peluang, wanita itu terus bertindak mengambil telefonnya untuk merakam perbuatan jijik lelaki tersebut, tetapi lelaki itu sempat melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dirakam, lapor mD

No comments:

Post a Comment