Thursday 30 April 2015

Caprice Tampil Pertahan Mawar Rashid, Anggap Temubual Dijalankan Dengan Cara Teruk

Caprice, penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Xde Hal Bro telah tampil mempertahankan peserta Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid yang diulit kontroversi berkaitan GST baru-baru ini. Sebelum ini, 

Mawar Rashid telah dikritik oleh Sharnaaz Ahmad kerana ilmu pengetahuan yang cetek. Iyerlah, maksud GST pun tak tahu. Memang agak memalukan untuk seorang rakyat Malaysia untuk tidak tahu maksud GST ketika ia begitu hangat dibincangkan seluruh negara.



Akibat video temubual yang telah menjadi viral, nama Mawar Rashid telah menjadi sebutan banyak pihak di laman sosial. Kalau tak silap Abang Nara nama Mawar Rashid siap trending di Twitter. Itu bermakna memang ketidaktahuan Mawar tentang GST menjadi bualan satu negara. Pelbagai kritikan dilemparkan sehingga Caprice menganggap ia adalah satu bentuk buli. Kata Caprice:-


Pertama sekali, saya percaya temubual atau cabaran yang dijalankan adalah dengan cara yang teruk. Saya mencabar anda untuk pergi ke mana-mana kolej sekarang dan bertanya kepada pelajar lelaki mahupun wanita secara rawak mengenai GST sama ada mereka itu sangat cantik atau sangat hodoh. 

Dia (Mawar) gagal menjawab soalan tetapi berjaya mengekalkan tahap ketenangannya. Cara pengacara bertanyakan soalan dan membuat video itu untuk ditonton secara umum adalah ke arah berlakunya siber buli. Adakah kita pernah mengambil kira implikasi terhadap mental dan emosi yang boleh berlaku kepada gadis-gadis pada masa akan datang?

No comments:

Post a Comment