Thursday 30 April 2015

Hans Isaac Cedera Tulang Belakang Akibat Terjatuh


Akibat terlalu teruja ketika membuat pementasan teater Baik Punya Cilok, pelakon, penerbit dan pengarah Hans Isaac mengalami kece�deraan tulang belakang yang serius apabila terjatuh semasa beraksi di pentas Istana Budaya, kelmarin.

Hans yang terbabit dengan teater Baik Punya Cilok yang sedang dipentaskan di situ mengalami kemalangan sewaktu babak pembukaan pentas pada malam ketiga pementasan tersebut.

Menerusi laman Instagram milik pelakon berusia 43 tahun itu, dia memuat naik gambar sedang terbaring di atas katil serta wayar di tangannya, malah kelihatan lemah dan berada dalam kesakitan yang teruk.
..
Pementasan teater Baik Punya Cilok arahan Afdlin turut dijayakan pelakon hebat lain seperti Datuk AC Mizal, Awie, Chelsia Ng, Vanidah Imran, Reizman Khuzaimi dan ramai lagi.


Menyelitkan segmen muzikal selain elemen komedi, Baik Punya Cilok mengisahkan empat sahabat, Aben, Bob, Jerry dan Wak berpakat merompak seorang tauke kedai pajak, Tauke Wong untuk mendapatkan kembali kerongsang nenek Wak yang telah dipajakkan ketika Wak mahu mengahwini Nazatul

Teater terbitan Tall Order Production Sdn Bhn ini telah mula dipentaskan sejak 25 April lalu sehingga 1 Mei ini di Panggung Sari Istana Budaya.

No comments:

Post a Comment