Wednesday 6 May 2015

5 filem yang mempunyai sumpahan misteri anda berani tonton

5-film-terkutuk-yang-menewaskan-pemain-p
5 FILEM YANG MEMPUNYAI SUMPAHAN MISTERI!! ANDA BERANI TONTON? |Anda suka menonton filem seram? Mungkin ramai yang tidak tahu, di khabarkan banyak filem seram mempunyai kisah misteri tersendiri.

Semakin seram filem tersebut, semakin banyak kisah kisah misteri di sebalik pembikinan filem tersebut, sama ada sebelum filem dihasilkan ataupun selepas pengambaran filem selesai.

Dipetik daripada Vemale.com, terdapat beberapa filem yang masih lagi menjadi perbincangan hingga sekarang, kerana misteri yang tidak diketahui.

Tidak semua filem tersebut adalah filem seram, namun kisah di sebaliknya sangat menyeramkan .

Pelbagai insiden tragis berlaku, bahkan tragedi kematian yang berlaku juga meninggalkan tanda tanya.

Mungkin ada yang mengetahui dan ada yang tidak mengetahui kisah misteri ini. Jom lihat filem apakah yang kami maksudkan!

The Omen (1976)

the_omen.jpg

The Omen adalah salah satu filem paling menjadi fenomena hingga sekarang. Menceritakan seorang kanak-kanak lelaki bernama Damien yang diambil oleh sebuah keluarga kaya. Keluarga tersebut tidak tahu bahawa Damien adalah jelmaan syaitan yang masuk ke dalam tubuh manusia . Keganasan demi keganasan menghantui keluarga tersebut , kematian datang silih berganti.

Lebih menyeramkan, Gregory Peck, pelakon utama filem ini bunuh diri dua bulan sebelum filem ini ditayangkan. Pesawat yang dinaiki Gregory juga pernah mengalami masalah semasa promosi. Kru yang terlibat dalam pembikinan filem ini iaitu James dan pembantunya Liz Moore mengalami kemalangan teruk yang menyebabkan James cedera parah dan Liz maut.

Poltergeist (1982-1988)

Poltergeist_1982.jpg

Filem ini menjadi salah satu filem seram sepanjang masa. Selain kengerian dalam filemnya, Poltergeist menjadi salah satu filem yang membunuh kru dan pelakon yang terlibat. Filem berbentuk trilogi dari tahun 1982 hingga 1988 ini, ada cerita mengerikan di balik filem tersebut.

Domnique Dunne yang melakonkan watak Dana, dibunuh oleh kekasihnya di usia 22 tahun. Pelakon Julien Beck menderita kanser perut beberapa bulan sebelum menerima tawaran untuk memainkan peranan sebagai Pendeta Kane, dia meninggal di usia 60 tahun. Will Sampson yang berperanan di Poltergeist meninggal kerana kegagalan jantung pada tahun 1987. Kanak-kanak perempuan Heather O Rourke yang memegang watak Carol Anne meninggal kerana mengalami jangkitan semasa penggambaran Poltergeist III.

Rebel Without a Cause (1955)

Rebel_Without_a_Cause.jpg

Filem ini bukanlah filem seram, namun ada kisah ngeri di baliknya. Rebel Without a Cause menceritakan seorang pemuda yang berpindah dari sebuah kota untuk mencari cinta, sahabat dan pengalaman baru. Filem klasik ini dikenali ramai kerana tiga pelakon utamanya mati dengan cara misteri dan tragis.

Pelakon utama James Dean mati pada tahun 1955 kerana terlibat dengan kemalangan kereta. Bintang Natalie Wood pula dikhabarkan mati kerana tenggelam dalam kedudukan yang aneh. Pada tahun 1976, Sal Mineo pula ditikam sehingga mati di Hollywood Barat. Pemergian bintang utama ini membuatkan filem Rebel Without a Cause dianggap sebagai filem mengerikan yang menyebabkan kematian.

Superman (1978)

Superman_George_Reeven.jpg

Jika dilihat tidak ada apa yang menyeramkan mengenai filem Superman yang dihasilkan pada tahun 1978 ini. Bahkan filem ini juga dikatakan sebagai salah satu filem Superman terbaik. Bukan itu sahaja, Christopher Reeves juga dipuja sebagai Superman terbaik sepanjang masa. Malangnya, filem superhero yang sangat popular ini meninggalkan kisah mengerikan bertahun tahun selepas dihasilkan.

Christopher Reeves jatuh dari kuda beberapa saat selepas filem ini ditayangkan dan membuatnya mengalami lumpuh kekal. Aktor kacak ini meninggal pada tahun 2004 di usia 52 tahun. Sementara itu, pelakon cantik Margot Kidder juga mengalami masalah jiwa dan dijumpai berjalan dengan pakaian lusuh serta tidak mampu bercakap dengan baik dan jelas. Pelakon Richard Pryor yang membintangi Superman III pula, mati akibat penyakit Multiple Sclerosis. Yang terakhir adalah George Reeves yang melakonkan watak Superman pada tahun 1950 mati kerana bunuh diri.

The Exorcist (1973)

The_Exorcist.jpg

Anda pasti sering melihat wajah mengerikan ini. The Exorcist adalah salah satu filem seram terbaik sepanjang masa, yang boleh membuatkan ramai orang menjerit histeria apabila menonton filem tersebut. Menceritakan seorang gadis remaja yang dirasuk roh jahat selepas memanggil roh tersebut melalui papan Ouija. Bukan hanya filem tersebut sahaja mengerikan, kisah di balik filem ini juga membuatkan kita kecut perut.

Pelakon Hack MacGowran mati selepas filem ini ditayangkan kerana komplikasi selesema. Pelakon Lee J. Cobb juga mati tiga tahun selepas filem ditayangkan. Pelakon Max Von Sydow mengalami musibah apabila saudaranya mati semasa proses pengeluaran filem. Bayi kepada seorang kru juga mati dan seorang tukang kayu kehilangan jari jarinya ketika sedang menyiapkan alatan untuk filem tersebut. Khabarnya, semua kemalangan itu adalah sumpahan filem The Exorcist.

No comments:

Post a Comment