Thursday 7 May 2015

Kilauan Emas 5 Malam Ini Bakal Throwback Puteri Pop


Jika minggu lalu, konsert Kilauan Emas 5 (KE 5) berjaya mengembalikan kegemilangan kumpulan Rock Leleh yang pernah popular pada era 90an, malam ini KE 5 sekali lagi mengimbau kenangan penoton dengan penyanyi yang pernah popular pada era tersebut.

Istimewanya kali ini, KE 5 bakal menampilkan tiga orang Puteri Pop yang pernah popular satu ketika dulu sebagai artis jemputan. Tiga penyanyi tersebut adalah Anis Suraya, Haida dan Siti Fairuz.

Mereka ini pastinya akan membuatkan ramai penonton mengimbau zaman kegemilangan masing-masing.

Selain itu penyanyi Adira bakal muncul sebagai tetamu khas juga pada malam ini.

Malam ini juga penonton akan melihat bagaimana pasangan suami isteri iaitu penyanyi Alyah sebagai juri jemputan bertemu dengan Dato Ramli MS yang merupakan juri tetap di atas satu pentas.

Selain itu, siapa pula peserta yang bakal disingkirkan selepas Asmah? Sama-samalah kita menyaksikan 9 peserta Aling, Hasbi, Zul, Hasan, Elji, Zaman, Lina, Norya, Asmah dan Mustar ini berentap.

Siaran langsung konsert minggu ketiga ini bersiaran di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Cheras Batu 2 bermula jam 9 malam ini.

Konsert ini juga boleh disaksikan menerusi Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

No comments:

Post a Comment