Monday 4 May 2015

Video: Lautan Biri-Biri Sejauh Mata Memandang di Tengah-tengah Jalan Raya


Video ini tidak ubah seperti sebuah mimpi setelah beribu-ribu ekor biri-biri memenuhi sebuah jalan raya di Vina del Mar, Chile. Video ini telah dirakam oleh Alejandro Blas Glucevic sambil memandu keretanya dengan perlahan setelah terserempak dengan satu kejadian yang boleh dikatakan sangat aneh bagi kita dan bagi dirinya sendiri.

SK tidak mempunyai banyak maklumat mengenai kejadian lautan biri-biri ini yang mana beribu daripadanya secara tiba-tiba memenuhi jalan raya dan secara tidak langsung telah menghalang lalu lintas sejauh 1 batu. Tidak kiralah apa yang berlaku sebenarnya tetapi disebalik beribu-ribu ekor biri-biri ini semestinya bertuan. Tidak tahulah bagaimana biri-biri ini akan balik kepada ladangnya.

Kredit : Siakap Keli




No comments:

Post a Comment