Tuesday 5 May 2015

Lelaki Menyamar Inspektor Polis Untuk Pikat Wanita Sebelum Ugut Sebar Video Intim


GEORGE TOWN: Helah seorang lelaki yang menyamar sebagai Inspektor Polis untuk memikat dan memperdaya wanita berakhir apabila dia ditahan di rumahnya di Tingkat Paya Terubong di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata setakat ini suspek berusia 25 tahun itu dikesan menipu sekurang-kurangnya lima wanita melibatkan anggaran kerugian sebanyak RM20,000.
Namun kegiatannya terbongkar apabila seorang daripada mangsanya membuat laporan mendakwa suspek mengugut mahu menyebar gambar aksi seks mereka baru-baru ini dengan meminta sejumlah wang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan pukul 6.05 petang itu, polis merampas sepasang pakaian seragam polis, tali pinggang mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua pistol mainan, walkie talkie, empat surat pajak gadai dan sekeping kad keahlian Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Katanya siasatan mendapati suspek menyamar sebagai seorang Inspektor yang kononnya bertugas di Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang dan mempunyai perwatakan menarik serta bijak menabur janji manis untuk menjerat mangsanya

No comments:

Post a Comment