Monday 4 May 2015

AKHIRNYA KAMAL ADLI BERSUARA MENGENAI HUBUNGAN CINTANYA DENGAN EMMA MAEMBONG


Menurut Kamal, masih terlalu awal untuk berbicara soal cinta dan menafikan dia bukan punca Emma dan Zizan Razak berpisah.

"Kami hanya kawan. Masih di peringkat kawan. Dengan apa yang dilalui dan tanggapan orang, saya tak mahu dituduh cuba "sailang" hubungan mereka dan dengan situasi "hangat" masing masing. "Saya tak pernah wujud masa Emma dan Zizan bercinta. Masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius," kata Kamal seperti dipetik menerusi Berita Harian Online.

Dalam pada itu, Kamal turut merasa kasihan selepas Emma dihentam teruk oleh pengikut di Instagram miliknya selepas memuat naik gambar kejutan hari lahirnya baru-baru ini.

"Cuma saya dapat tahu teruk juga peminatnya hentam dan marah dia (Emma) apabila muat naik gambar kejutan hari lahir saya di laman Instagram. Saya kasihan pula dengan keadaan menimpanya itu. "Saya sampai suruh dia tak payah lagi muat naik gambar membabitkan saya. Hakikatnya dia hanya nak ucapkan selamat hari lahir kepada saya. Mujur pula peminat saya sebaliknya.

"Dalam situasi ini saya pun hairan kenapa dia dibenci dan dimarahi peminat. Ruang harus diberi untuk mana-mana artis pun jika jodoh mereka dengan sesiapapun tak berpanjangan, ..andai soal Emma dan cinta lamanya masih berbangkit," kata Kamal.

No comments:

Post a Comment