Wednesday 6 May 2015

Beginikah Sikap Masyarakat Malaysia...!!! Tiga Buah Myvi Lain yang tidak Bersalah Turut Terima Tempias Ekoran Kes Enam Myvi di DUKE



Pertama sekali ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar lebih bersikap matang dan ubahlah cara pemikiran. Kerana apa?

Sebelum ini kita digemparkan dengan kes enam buah Myvi dari kelab kereta Familia Myvi yang dikatakan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan jiwa orang lain.

Susulan kejadian itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kelab kereta berkenaan yang meletakkan kereta jenis Myvi sebagai kereta kelab.

Tidak cukup dengan kelab itu sahaja, kelab-kelab kereta Myvi yang lain juga turut menerima tempias dan kritikan orang ramai.

Apa yang menyebabkan Admin berkata pemikiran rakyat kita tidak matang apabila kereta jenis Myvi yang tidak bersangkut paut dengan kemalangan tersebut malah tidak menyertai mana-mana kelab pun turut menerima nasib malang.


Seorang ibu mengandung lapan bulan menaiki sebuah Myvi dihimpit ketika di tol serdang oleh kereta Jenis pacuan empat roda.

Menurutnya ketika menghubungi Admin  bersama beberapa keping gambar Myvinya, keretanya itu kemek di bahagian hadapan seperti diketuk dengan objek yang keras.


Admin juga ada menerima satu lagi aduan yang mana seorang wanita turut menerima nasib yang sama ketika di jalan raya dimana dia juga diekori rapat dan dihimpit oleh beberapa buah kereta lain.

Selain itu pada pagi 6hb Mei kereta telah dilanggar lari. Bagaimanapun laporan polis telah dibuat.


Seorang pengadu bersama sekeping gambar kereta Myvi beliau. Menurutnya, dia tidak menyertai mana-mana kelab kereta namun tetap menerima tempias tersebut dimana keretanya yang sedang parking di hadapan rumah telah dibaling dengan batu sehingga keretakan pada tingkap kereta.


Dengan artikel yang keluarkan ini diharap pemandu-pemandu kereta jenis Myvi terutamanya yang berwarna putih atau kuning lebih berhati-hati dan sekiranya ada yang menyertai mana-mana kelab Myvi buat masa ini janganlah mempamerkan pelekat kelab dikuatiri diganggu oleh orang-orang yang tidak bersikap matang

No comments:

Post a Comment