Thursday 7 May 2015

Tak tahan Kena Paksa Kahwin, Cikgu Sekolah Agama Tikam Mati Janda Anak 4 (Gambar)


ABANG mangsa Nor Salizam Nazir, 40 menunjukkan wajah arwah adiknya yang dijumpai dibunuh di Kuala Kubu Bharu. Mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian. � Gambar: BeritaHarian

KUALA LUMPUR: Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R Supramaniam, berkata mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian.

�Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri,� katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa.

�Soal siasat mendapati suspek yang berusia 29 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya,� katanya.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang.

�Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa,� katanya. � BERNAMA

No comments:

Post a Comment