Friday, 1 May 2015
20 TANDA SESEORANG WANITA DICINTAI JIN JANTAN TANPA DISEDARI
Jin merupakan makhluk yang kehidupannya sama seperti manusia. Mereka berkahwin, makan, minum, bermasyarakat dan sebagainya.
Selain itu, Allah juga telah mentaklifkan mereka dengan hukum-hukum syariat yang perlu dilaksanakan. Oleh sebab itu, dikalangan jin ada yang merupakan jin Islam dan jin kafir, jin soleh dan juga yang fasik. Ini semua berdasarkan tingkatan amalan dan kepercayaan golongan jin.
Atas kesamaan inilah maka jin juga mempunyai perasaan saling suka-menyukai dan cinta-mencintai.
Dan tidak mustahil boleh berlaku di mana jin Jantan mencintai wanita dari kalangan manusia.
Maka artikel kali ini saya kongsikan dengan pembaca 20 tanda yang menunjukkan seorang wanita itu telah dicintai oleh jin jantan.
1) Anda selalu akan bermimpi didatangi oleh lelaki. Lelaki itu pula boleh jadi lelaki yang anda kenali dan boleh jadi anda tidak kenal. Tetapi ada satu ciri atau persamaan terhadap lelaki yang datang dalam mimpi anda, iaitu semuanya dalam rupa bentuk yang menarik atau �hensem�.
Dalam mimpi itu anda dan lelaki tersebut mungkin sekadar berpandangan seperti kali pertama berkenalan atau bercinta. Dan boleh juga dalam mimpi tersebut anda telah melakukan hubungan kelamin dengan lelaki tersebut.
2) Jika jin jantan itu merupakan saka keturunan, maka anda akan bermimpi didatangi lelaki sejak dari kecil lagi. Kebiasaannya kalau melibatkan jin saka rawatannya sangat susah kerana ianya sangat degil dan cintanya terhadap anda sangat mendalam.
3) Kadang-kala anda akan didatangi sesuatu yang seperti makhluk ganjil, orang yang tidak dikenali dan boleh jadi rupa seperti suami anda. Kedatangannya ketika anda berada dalam keadaan antara jaga dan tidur, sedar dan tidak sedar. Ia mungkin hanya mendatangi anda, atau menggangu dan boleh juga sampai tahap melakukan hubungan kelamin. Kadang-kadang anda akan jadi seperti dipukau dan melakukannya secara sukarela dan boleh juga anda dirogol.
4) Kadang-kadang anda akan terasa seperti ada sesuatu yang bergerak di bahagian kemaluan anda hingga menyebabkan kemaluan anda gatal atau menimbulkan perasaan berahi yang memuncak. Ini adalah antara yang menjadi sebab utama wanita jenis ini suka melakukan hubungan seks secara bebas, kerana tiba-tiba nafsunya memuncak.
5) Selalu atau kadang-kadang merasa sakit di bahagian kepala.
6) Anda akan menjadi mudah untuk jatuh cinta kepada mana-mana lelaki walaupun anda telah bersuami. Kecenderungan anda untuk berlaku curang adalah sangat tinggi. Anda juga mempunyai daya penarik tersendiri terutamanya kalau lelaki yang memandang anda juga mengalami gangguan jin.
7) Selalu atau kadang-kadang anda mengalami masalah untuk tidur dan pada sebelah siangnya anda berasa lemas.
8) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada sesuatu yang aneh berjalan di dalam tubuh badan anda. Atau anda terasa seperti sesuatu benda bergerak.
9) Selalu atau kadang-kadang anda merasakan seperti ada semacam seorang lelaki yang memandang dan memerhatikan gerak-geri anda dari sesuatu tempat.
10) Selalu berasa malas ketika ingin menunaikan solat. Seperti adanya halangan dan kadang-kadang anda akan sengaja melewatkan solat.
11) Tubuh badan anda akan selalu berasa lemas seolah-olah anda sangat letih tanpa sebab yang munasabah.
12) Kadang-kadang akan berlaku ketika anda dalam keadaan tidur dan jaga datang seseorang yang menyerupai suami anda atau makhluk aneh yang akan mengganggu atau cuba menyetubuhi anda.
Penting untuk diberikan perhatian bahawa kadang-kadang keadaan di mana jin jantan mencintai seorang wanita itu apabila suaminya ada jin di dalam badan samada kehadiran jin itu disebabkan suaminya mempunyai saka keturunan atau mengamalkan ilmu yang salah atau memakai tangkal.
Apabila wanita itu melakukan hubungan badan maka jin akan turut serta menyutubuhinya. Lama-kelamaan jin itu akan menjadi ketagih dan akan cuba menyetubuhi tanda dapat dikawal oleh tuannya. Inilah keburukan menjadikan jin sebagai pendamping.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment